Daisypath Anniversary tickers

Monday 13 August 2012

Kehidupan Baru :)

Assalamualaikum. Agak lama tak menulis di blog ni. Tak ada masa untuk mengupdate. Syirin bukan seorang yang selalu melekat dengan laptop. Guna laptop apabila diperlukan saja. Sorry friends. Alhamdulillah sekarang syirin melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak. Dalam bidang Diploma In International Business. Alhamdulillah sudah 2 bulan syirin di Seri Iskandar. InsyaAllah akan melakukan yang terbaik dan cuba untuk membuat ayah dan mama bangga terhadap syirin. Yea, ramai yang pandang syirin ni tiada harapan untuk berjaya. Sometimes syirin merasakan diri ni langsung tak boleh buat apa-apa, tapi Allah masih lagi memberi peluang pada diri ini untuk membuktikan segalanya. Kehidupan di sini agak mencabar juga. Dengan cuaca yang agak panas LUAR BIASA. HAHA agak tak biasa sebenarnya. Muka pun apa lagi, semakin banyak la minyak nyaaaaa. Dengan cabaran ni jugak la semakin kuat semangat untuk meneruskan pembelajaran di sini. Persekitarannya di kelilingi hutan tebal, pagi-pagi sejuk sangat cuacanya. *jangan sampai terlajak tak pergi kelas sudah laaaaa. Dekat sini juga, tiap2 hari berkawan dengan pak nyet dan mak nyet! Bila tengahari je aktif sangat diorang ni. Setakat ni alhamdulillah takde lagi kes pak nyet dan mak nyet masuk bilik. Semua ni pengalaman yang sangat manis sebenarnya. Berkawan dengan makhluk ciptaan Allah. Seronok! Oh ye, asyik bercakap pasal persekitaran je kan, pensyarah2 di sini semuanya sporting2. So apa lagi, take advantage la kan. Sedaya upaya rapatkan hubungan dengan pensyarah. Jika tiada keberkatan dari diorang pun kita tak akan berjaya juga. Alhamdulillah semua pensyarah yang mengajar kelas syirin sangat lah baik dan terlebih sporting. Classmates pun sporting belaka. Almaklum la, berkawan dengan budak junior perangai pun jadi mcm budak2 kecik dah. But ade je yang matang. Semuanya positive thinking. Alhamdulillah. Pensyarah yang paling syirin salute dan sayang pensyarah ekonomi. Memang kami semua masuk air sekali dengan die. Puan Rodziah, thank you sangat sebab sedaya upaya tolong kami semua. And yea, she looks like my mom! almost same! Bertambah sayang. So bawah ni ade beberapa gambar ketika syirin berada di sana. Hope you guys enjoy it! =)
Semoga Allah sentiasa bersama syirin ketika susah atau senang. Mohon juga dipermudahkan dalam segala hal dan dihindari dari fitnah dan segala musibah yang tidak diingini. InsyaAlllah :)


DIB 1A! they're awesome!
DIB 1A. Girls only.1 missing :(

My genius buddies :)

Only her that always be with me <3


Nabila Husna Bt. Rozairen :)
Roomates
Mereka sangat gila bila bersama :D
Just them =D






 

No comments:

Post a Comment