Daisypath Anniversary tickers

Monday 13 August 2012

Kehidupan Baru :)

Assalamualaikum. Agak lama tak menulis di blog ni. Tak ada masa untuk mengupdate. Syirin bukan seorang yang selalu melekat dengan laptop. Guna laptop apabila diperlukan saja. Sorry friends. Alhamdulillah sekarang syirin melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak. Dalam bidang Diploma In International Business. Alhamdulillah sudah 2 bulan syirin di Seri Iskandar. InsyaAllah akan melakukan yang terbaik dan cuba untuk membuat ayah dan mama bangga terhadap syirin. Yea, ramai yang pandang syirin ni tiada harapan untuk berjaya. Sometimes syirin merasakan diri ni langsung tak boleh buat apa-apa, tapi Allah masih lagi memberi peluang pada diri ini untuk membuktikan segalanya. Kehidupan di sini agak mencabar juga. Dengan cuaca yang agak panas LUAR BIASA. HAHA agak tak biasa sebenarnya. Muka pun apa lagi, semakin banyak la minyak nyaaaaa. Dengan cabaran ni jugak la semakin kuat semangat untuk meneruskan pembelajaran di sini. Persekitarannya di kelilingi hutan tebal, pagi-pagi sejuk sangat cuacanya. *jangan sampai terlajak tak pergi kelas sudah laaaaa. Dekat sini juga, tiap2 hari berkawan dengan pak nyet dan mak nyet! Bila tengahari je aktif sangat diorang ni. Setakat ni alhamdulillah takde lagi kes pak nyet dan mak nyet masuk bilik. Semua ni pengalaman yang sangat manis sebenarnya. Berkawan dengan makhluk ciptaan Allah. Seronok! Oh ye, asyik bercakap pasal persekitaran je kan, pensyarah2 di sini semuanya sporting2. So apa lagi, take advantage la kan. Sedaya upaya rapatkan hubungan dengan pensyarah. Jika tiada keberkatan dari diorang pun kita tak akan berjaya juga. Alhamdulillah semua pensyarah yang mengajar kelas syirin sangat lah baik dan terlebih sporting. Classmates pun sporting belaka. Almaklum la, berkawan dengan budak junior perangai pun jadi mcm budak2 kecik dah. But ade je yang matang. Semuanya positive thinking. Alhamdulillah. Pensyarah yang paling syirin salute dan sayang pensyarah ekonomi. Memang kami semua masuk air sekali dengan die. Puan Rodziah, thank you sangat sebab sedaya upaya tolong kami semua. And yea, she looks like my mom! almost same! Bertambah sayang. So bawah ni ade beberapa gambar ketika syirin berada di sana. Hope you guys enjoy it! =)
Semoga Allah sentiasa bersama syirin ketika susah atau senang. Mohon juga dipermudahkan dalam segala hal dan dihindari dari fitnah dan segala musibah yang tidak diingini. InsyaAlllah :)


DIB 1A! they're awesome!
DIB 1A. Girls only.1 missing :(

My genius buddies :)

Only her that always be with me <3


Nabila Husna Bt. Rozairen :)
Roomates
Mereka sangat gila bila bersama :D
Just them =D






 

Monday 5 December 2011

Amalan Di Bulan Muharram :)

Assalamualaikum, sempena maal hijrah yang baru saja tiba, di sini ada beberapa tips yang boleh kite amalkan di bulan muharram, saya pasti ramai yang berazam untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. Ramai juga yang buka buku baru. Mungkin ade yang baru menempuh alam belajar, alam pekerjaan, alam rumah tangga dan pelbagai lagi. Setiap yang Allah kurniakan pada kita semua pasti ade hikmah dan kejayaan di sebaliknya. Semoga apa yang kite rancang insyAllah akan tercapai dengan usaha, berdoa dan bertawakal. Kepada sahabat2 sekalian, maafkan ana jika ade terkasar bahasa, kurang ajar atau lain yang menyentuh hati sahabat sekalian, ana khilaf. Sama2 lah kita mulakan hidup dan perbaiki hubungan persahabatan ini. Selamat beramal :)







(1:1) Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(1:2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
(1:3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(1:4) yg menguasai di Hari Pembalasan
(1:5) Hanya Engkaulah yg kami sembah, & hanya kpd Engkaulah kami meminta pertolongan.
(1:6) Tunjukilah kami jalan yg lurus,
(1:7) (yaitu) Jalan org2 yg telah Engkau beri ni'mat kpd mrk; bukan (jalan) mrk yg dimurkai & bukan (pula jalan) mrk yg sesat.
Amin


AWAL MUHARRAM

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.



DI ANTARA AMALAN YANG DISUNATKAN DALAM 

                        BULAN MUHARRAM

1. Berpuasa.
    ~Maksud Hadis: Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

   ~Maksud Hadis: Brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu,
                           Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
      
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud; Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid; dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat. Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya: Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.


AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
 Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
 Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
 Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.
 Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
 Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
 Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
 Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
 Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
 Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.
 Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
 Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada
 neraka.




Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )
Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."
Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya :

- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'. Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.
Wallahua'lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH :)


Mengapa Perasaan Perempuan Selalu Lemah?

Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.

Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.

Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.


Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Saidina Umar pernah berkata :
“Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.”
Saidina Ali juga pernah berkata :
“Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian).”
Indahnya kata-kata mereka.
Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” (Surah An-Nur : 30-31)


Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.


Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.


Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.


Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.


Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.


Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.


Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!




Saturday 3 December 2011

BE A HAPPIEST WOMAN :)

                      SEJAMBAK MAWAR


Kuntum 1:Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.


Kuntum 2:Prihatinlah dengan orang yang lemah,anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai. 


Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda.


Kuntum 4: Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.


Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.


Kuntum 6: Contohilah pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.


Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?


Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.


Kuntum 9: Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.


Kuntum 10: Mandi, berwuduk, memakai wangian, dan beriswak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.





Saturday 26 November 2011

~DIA~

Salam, dah lama xjenguk blog ni. ok sekarang ni aku terlalu obses dengan seorang artis muslimah yang aku kagumi. rupa paras nya cantik, sikap dan tingkah lakunya juga cantik. setiap hari aku muhasabah diri agar aku sentiasa berhati-hati dengan fesyen. risau pula jika terlebih berfesyen. risau juga tidak kena atau tidak sesuai. tetapi biar fesyen ketinggalan zaman, agar esok di akhirat kite tidak ketinggalan, i'Allah. setiap percakapnnya lemah lembut dan die juga berfikir sebelum berbicara. ok sekarang aku memang iri hati. xsalah kan kita iri hati dengan benda yang baik? sahabat2 ku sekalian, sama2 lah kite berubah menuju kebaikan, sekarang susah utk dapat perempuan yang berpakaian sepenuhnya menutup aurat. aku juga tergolong dalam wanita yang kadang2 alpa dengan aurat. i'Allah, di akhirat kelak, tiada sikit pun keaiban kite terbuka. ok di sini aku sertakan gambar seorang wanita yang memang aku kagumi dan i'Allah aku juga cuba untuk berubah menjadi lebih baik, InsyaAllah :)


Tuesday 8 November 2011

Jangan Sesekali Mengaku Kalah

JANGAN SESEKALI MENGAKU KALAH!!!

Jika anda tidak boleh terbang - berlarilah

Jika anda tidak boleh berlari - berjalanlah

Jika anda tidak boleh berjalan - merangkaklah

tetapi walau apa pun berlaku...


teruslah bergerak...



Sunday 6 November 2011


Kawan Ohh.. Kawan

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Kawan baik,
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk berubah kepada jahat
Kawan yang baik tak akan membiarkan kawan baiknya curang kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..



"Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita"

!!Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana ALLAH untuk mencari redha-Nya!!