Daisypath Anniversary tickers

Saturday 3 December 2011

BE A HAPPIEST WOMAN :)

                      SEJAMBAK MAWAR


Kuntum 1:Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.


Kuntum 2:Prihatinlah dengan orang yang lemah,anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai. 


Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda.


Kuntum 4: Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.


Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.


Kuntum 6: Contohilah pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.


Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?


Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.


Kuntum 9: Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.


Kuntum 10: Mandi, berwuduk, memakai wangian, dan beriswak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.





No comments:

Post a Comment