Daisypath Anniversary tickers

Saturday 26 November 2011

~DIA~

Salam, dah lama xjenguk blog ni. ok sekarang ni aku terlalu obses dengan seorang artis muslimah yang aku kagumi. rupa paras nya cantik, sikap dan tingkah lakunya juga cantik. setiap hari aku muhasabah diri agar aku sentiasa berhati-hati dengan fesyen. risau pula jika terlebih berfesyen. risau juga tidak kena atau tidak sesuai. tetapi biar fesyen ketinggalan zaman, agar esok di akhirat kite tidak ketinggalan, i'Allah. setiap percakapnnya lemah lembut dan die juga berfikir sebelum berbicara. ok sekarang aku memang iri hati. xsalah kan kita iri hati dengan benda yang baik? sahabat2 ku sekalian, sama2 lah kite berubah menuju kebaikan, sekarang susah utk dapat perempuan yang berpakaian sepenuhnya menutup aurat. aku juga tergolong dalam wanita yang kadang2 alpa dengan aurat. i'Allah, di akhirat kelak, tiada sikit pun keaiban kite terbuka. ok di sini aku sertakan gambar seorang wanita yang memang aku kagumi dan i'Allah aku juga cuba untuk berubah menjadi lebih baik, InsyaAllah :)


Tuesday 8 November 2011

Jangan Sesekali Mengaku Kalah

JANGAN SESEKALI MENGAKU KALAH!!!

Jika anda tidak boleh terbang - berlarilah

Jika anda tidak boleh berlari - berjalanlah

Jika anda tidak boleh berjalan - merangkaklah

tetapi walau apa pun berlaku...


teruslah bergerak...



Sunday 6 November 2011


Kawan Ohh.. Kawan

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Kawan baik,
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk berubah kepada jahat
Kawan yang baik tak akan membiarkan kawan baiknya curang kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..



"Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita"

!!Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana ALLAH untuk mencari redha-Nya!!

Saturday 5 November 2011

Dugaan :)

Selamat Hari Raya Aidiladha u all..alhamdulillah tahun ni Allah masih memberi aku dan kalian kesempatan untuk menyambut hari yang bermakna ini..sempena 'korban' juga, aku ingin menceritakan sebuah kisah yang bagi aku agak berat untuk aku jalani. sepanjang kehidupan aku..benda yang sama aku alami..kekadang aku juga mengeluh, tetapi aku sering mengingatkan diriku bahawa ade orang yang lebih susah dari diriku...ade orang lebih berat ujiannya..hanya itu saja yang meguatkan diriku...sejak aku kecil lagi, aku tiada kawan rapat. aku tiada kawan yang sentiasa dengan aku..sehingga kini aku juga seperti itu..sukar untuk aku jelaskan bagaimana aku jalani hidupku..hanya Allah saja yang tahu perasaan ku...hidupku sering dikelilingi fitnah..dari saudara mara, kawan dan lain2..yea, aku tabahkan juga hati agar bersabar...'afif tidak pernah putus menasihati ku agar bersabar dan tabah hadapi segala..masalah yang sama akan berlaku..heran aku dibuatnya..pelbagai fitnah yang mereka lontarkan..aku redha..kerana aku yakin...sekarang ALLAH bayar cash...manusia, mudah membuat spekulasi tanpa selidik..itulah lumrah manusia..kadang ade juga manusia yang susah ditegur...hanya dirinya saja yang betul..terima kasih Ya Allah engkau berikan daku ujian..dengan ujian ini lah dapat mengukur keimanan dan ketaqwaan kepadaMu Ya Allah...abang, terima kasih ye sebab sanggup bantu, beri pandangan dan pelbagai cara abang sejukkan hati rin..terima kasih sayang...


Wednesday 2 November 2011

Hanya Stokin, Namun Aku Bersyukur


Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.